Thursday, January 2, 2014

produk muka yang berkesan untuk saya

Sekarang thesis dah habis, dah present
Rasa lega otak kalau tak rasa macam 'eh kejap lagi nak call, pastu nak jumpa eh tapi thesis tak siap'
Situasi dia macam kau dah bersedia nak melompat tapi tengah nak lompat ada kura kura melintas
Kura kura kan perlahan macam tu la perlahan nye thesis aku bergerak

Bila semua dah selesai nak bergerak pun senang
Takde kura kura dah hehe


Dulu aku percaya kalau produk muka kita mesti ambik yang tak keluar iklan macam fair and lovely tu
Sampai sekarang pun percaya dengan teori aku tu sebenarnye hehe

Masa mula mula masuk asrama muka aku ada masalah jerawat kecik tu
Tau jerawat kecik tak? Jerawat yang kecik  -,-  pastu tak boleh picit
Ada jerawat kecik yang boleh picit kan? Haaaa!
So rasa bengang je, yela muka dah rasa macam kertas pasir pastu tak boleh picit
Aku pakai lactacyd tapi bukan yang feminine wash tu eh, beragak ah kan
Walaupun perempuan dikategorikan feminine tapi takde lactacyd jual jenis masculine
Lactacyd bukan dijual berdasarkan gender dan ia juga tidak sexist
So marilah kita ambik yang facial type


Itu contoh dia, lama jugak la pakai, dari form 5 (2007) sampai sem 3 kat uitm (2010)
Memang berkesan, superb aku cakap tapi........mengeringkan
tapi masa kat uitm dah pandai nak bercantik so kita TUKAR lagi kepada cellnique

Cellnique mahal sikit tapi best, memang melembapkan muka habis
mahal dia kalau sekali beli barang 700 habis tapi tahan setahun
so okay la kan?

Tapi bila lama lama sebenarnya nak bagi muka glowing bukan sahaja kena pakai barang best
Kena buat facial jugak, facial kat cellnique taknak murah pulak
So kita tukar lagi
Tukar kepada produk leuniey jual, karme

Mula mula okay jugak, kalau keluar dengan naked face nampak macam glowing je
Tapi penyakit malas nak pakai cream waktu malam membuatkan white head, black head menternak macam tiada halangan

Pastu asyik fikir nak buat facial je, tapi fikir lagi takkan nak pergi cellnique
sekali dua ok la nak mantain mati la

Tapi tuhan nak tolong jadi cerita, tengah sembang dengan kawan dia bagitau dia buat facial kat sorang auntie ni
murah je 60 ringgit, apa lagi kelam kabut la call set appointment
tapi auntie ni punya busy tuhan je tau, ada ke dia suruh datang rumah pukul 7.45
Pukul berapa pulak aku nak siap kan

tapi dapat set jugak appointment lepas tu
after facial tu lega dia Ya Allah tuhan je tau
rasa hilang busuk busuk kat muka
sebelum ni rasa macam bau sampah tau kat muka

so sekarang ni tengah mantain dengan auntie ni
pastu pakai sk ii
sk ii memang mahal tapi kita kena la bijak
beli kat tempat murah ngeh ngeh ngeh


 Ni sebelum, nampak kat dahi tu? macam jalan tar


 Ni selepas, better kan? no edit hoccay!



No comments:

Followers

About Me

My photo
atikah is a simple person. U dont have to be extravagance to be her friends. As long with a good manners and simple, u r most welcome to be part of her life.*GAGAGA*