Thursday, February 6, 2014

Best Job In The World

siapa rajin bukak yahoo mesti selalu nampak tajuk ni kan
sebenarnya takde job paling best pun dalam dunia ni
statistics, facts, survey tu toksah la hampa pecaya
membohong hampa ja

kalau aku cerita kat kawan kawan apa kerja aku semua orang cakap best
tak pernah lagi la aku dengar dorang cerca kerja aku ni
most of them mesti cakap
best la, senangnya, seronoknya
ayat ayat biasa yang segala nya positif belaka

aku ada 2 kerja 1 permanent, 1 lagi part time
permanent tu hak akta rahsia kerajaan
1 lagi unit trust consultant

yang permanent tu la orang duk cakap seronok
tapi aku dah bosan
betul, tak pernah kena marah, boleh keluar dari office anytime
flexible
tapi tapi tapi manusia ni kan tak sempurna, ada je tak kena

dulu kan, pernah buat practical kat satu bank ni
nama dirahsiakan sebab nak keji bank ni
practical kat situ busy gila
rasa macam orang penting sangat

tapi masa tu doa gila gila nak kerja dekat company yang boleh main internet
kawan kawan best, tak busy, boleh keluar

dah dapat ni pulak perangai nya

kerja ni rasa macam tak penting
rasa macam takde kepentingan dalam company
pastu experience tu macam kurang

tapi kawan kawan sini best, sebab dapat kawan balik dengan orang cina
sebenarnya first bestfriend aku cina, Victoria Poh
rasa macam tipu je cerita yang dorang ni tak suka melayu, suka marah marah
ok je

ok kerja part time tu, biasa je
ada turun naik dia
biasalah dalam sales line kan
tapi best bila client cakap sign

tak bestnya bila client banyak songeh
I can accept rejection, banyak songeh ni rasa nak hempuk je

nak berhenti kerja, nak buat benda lain
tapi nak duit
kalau berhenti lagi bosan duduk rumah


so sebenarnya aku nak apa?
 kan best kalau jawapan ni boleh google




Thursday, January 2, 2014

produk muka yang berkesan untuk saya

Sekarang thesis dah habis, dah present
Rasa lega otak kalau tak rasa macam 'eh kejap lagi nak call, pastu nak jumpa eh tapi thesis tak siap'
Situasi dia macam kau dah bersedia nak melompat tapi tengah nak lompat ada kura kura melintas
Kura kura kan perlahan macam tu la perlahan nye thesis aku bergerak

Bila semua dah selesai nak bergerak pun senang
Takde kura kura dah hehe


Dulu aku percaya kalau produk muka kita mesti ambik yang tak keluar iklan macam fair and lovely tu
Sampai sekarang pun percaya dengan teori aku tu sebenarnye hehe

Masa mula mula masuk asrama muka aku ada masalah jerawat kecik tu
Tau jerawat kecik tak? Jerawat yang kecik  -,-  pastu tak boleh picit
Ada jerawat kecik yang boleh picit kan? Haaaa!
So rasa bengang je, yela muka dah rasa macam kertas pasir pastu tak boleh picit
Aku pakai lactacyd tapi bukan yang feminine wash tu eh, beragak ah kan
Walaupun perempuan dikategorikan feminine tapi takde lactacyd jual jenis masculine
Lactacyd bukan dijual berdasarkan gender dan ia juga tidak sexist
So marilah kita ambik yang facial type


Itu contoh dia, lama jugak la pakai, dari form 5 (2007) sampai sem 3 kat uitm (2010)
Memang berkesan, superb aku cakap tapi........mengeringkan
tapi masa kat uitm dah pandai nak bercantik so kita TUKAR lagi kepada cellnique

Cellnique mahal sikit tapi best, memang melembapkan muka habis
mahal dia kalau sekali beli barang 700 habis tapi tahan setahun
so okay la kan?

Tapi bila lama lama sebenarnya nak bagi muka glowing bukan sahaja kena pakai barang best
Kena buat facial jugak, facial kat cellnique taknak murah pulak
So kita tukar lagi
Tukar kepada produk leuniey jual, karme

Mula mula okay jugak, kalau keluar dengan naked face nampak macam glowing je
Tapi penyakit malas nak pakai cream waktu malam membuatkan white head, black head menternak macam tiada halangan

Pastu asyik fikir nak buat facial je, tapi fikir lagi takkan nak pergi cellnique
sekali dua ok la nak mantain mati la

Tapi tuhan nak tolong jadi cerita, tengah sembang dengan kawan dia bagitau dia buat facial kat sorang auntie ni
murah je 60 ringgit, apa lagi kelam kabut la call set appointment
tapi auntie ni punya busy tuhan je tau, ada ke dia suruh datang rumah pukul 7.45
Pukul berapa pulak aku nak siap kan

tapi dapat set jugak appointment lepas tu
after facial tu lega dia Ya Allah tuhan je tau
rasa hilang busuk busuk kat muka
sebelum ni rasa macam bau sampah tau kat muka

so sekarang ni tengah mantain dengan auntie ni
pastu pakai sk ii
sk ii memang mahal tapi kita kena la bijak
beli kat tempat murah ngeh ngeh ngeh


 Ni sebelum, nampak kat dahi tu? macam jalan tar


 Ni selepas, better kan? no edit hoccay!



Followers

About Me

My photo
atikah is a simple person. U dont have to be extravagance to be her friends. As long with a good manners and simple, u r most welcome to be part of her life.*GAGAGA*