Thursday, July 15, 2010

true friends

all the times we heard about true friends , BFF , friendship forever or friends always. BUT in truth how many real friendship do you have. take a short moment and think about it.list down those that you feel true friend. is their friendship from heart?do they have anything to gain by associating you?

friendship is not an all- permissive,unconditional,resilient bond,but something quiet fragile.

i love my friends for their unique and distinct personalities: the key adviser,the sympathetic listener,the confident idealist,the thoughtful giver,the sensible realist,the risk taker,the party animal,the intellectualism,the social butterfly,the adrenalin junkie and the drama queen.

the most interesting part is the conversation i have with them is the give and take and the ability to widen one's perspective with new and unfamiliar ideas not necessarily thinking and believes the same ideas. mengumpat pun boleh masuk jugak.

i believe that we never stop learning one another.friendship is school of character allowing us the chance to study in great detail and over time.

friendship that are lasted the longest are with those who possess integrity, tolerance,humanity and strength.they are the one who stand by me and continue to treat me the same no matter what.



fikir fikir kan la ape tertulis kat situ.
ok nak buat waxing kat tangan.-_-'



Monday, July 12, 2010

manusia yang ada arah mengawal nasib dan gaya hidupnya

kerana penat memandu ke kuantan aku pun berhenti di sebuah gerai untuk berehat.aku memilih untuk berkongsi meja dengan seorang lelaki yang agak berumur dari aku.dari gayanya kelihatan seperti pemandu lori.

'wah,cantik telefon bimbit'

aku menegur pakcik itu.model itu agak pelik untuknya.bagi aku model itu biasa digunakan oleh seorang eksekutif sahaja.

dia menjawab sambil tersenyum 'sebenarnya ini kotak sahaja'

aku lebih ingin tahu.reaksi aku membuatkan dia bercerita.

'sebenarnya semalam dalam perjalanan pakcik terjumpa bungkusan ini di sebuah perhentian bas dan di dalamnya sebuah telefon bimbit yang mahal'

'pakcik pun mengambil telefon itu dan berharap tuannya akan menghubungi telefon tersebut'

'setelah lama menunggu akhirnya tuan tersebut menelefon'

'kemudian?' tanya aku kerana tidak sabar.

'dia meminta agar saya menghantar telefon tersebut ke Kuala Lumpur kerana telefon tersebut berharga RM 2500'

sambil tersenyum 'tidak berbaloi pakcik ke Kuala Lumpur menghantar telefon semata mata'

'akhirnya pakcik memberikan alamat agar kawannya yang berdekatan dengan bandar datang mengambil telefon'

'petang itu seperti yang di janjikan kawannya datang mengambil telefon itu.sebaik sahaja dia mendapat telefon itu dia berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih.itu tak menjadi masalah tetapi pakcik tidak sempat menyerahkan kotak ini'

'itu yang ada kotak ini sahaja' kata pakcik itu

'kenapa pakcik tak buang sahaja sim di dalamnya dan membeli sim baru?'

'anak, pakcik boleh ambil hak orang lain dan tiada siapa tahu ,nilainya Rm2500.tetapi apa akan jadi pada saya? mungkin Allah akan ambil dari saya sebagai gantian yang nilainya tidak saya ketahui.mungkin keluarga saya,lori saya berlanggar atau apa sahaja tapi yang pasti ada balasan.
apatah lagi balasan yang kita tak mungkin boleh mengelaknya apabila pulang ke akhirat. oleh itu lebih baik saya pulangkan benda bukan milik saya'

dalam hati aku 'hebatnya anda'


amacam boleh menang tak karangan aku?haha

Monday, July 5, 2010

80 ringgit

last thursday before everyone start get busy with hectic schedule we decided to do some wild partaayyyyyyyyy!yeah bebeh!

takde wild mana pun sebenarnya

aku decided to do something special for them la kan.ceeeewwwwwwaaaaah!awww!
dah lama nak try benda ni
tapi macam banyak halangan je
so hari tu dapat buat
nak buat sebijik mcm mak hanis zalikha buat ni
so barang barang pun kena sama la kan

semua sama la
kecuali paste strawberry
mak hanis buat sendiri kitaorang beli je

sekali terlebih bajet
pening kepala nak cover balik
tapi no hal la
duit lebih bayar saman ada lagi

nak membuat nye punya la ramai chef
padahal yang di iktiraf sorang je la

mula mula letak kek.ikut resipi sebijik sebijik ni.
potong bentuk kiub
then sapu jem strawberry
tabur la buah strawberry nak bagi sedap
then letak jelly konyaku
ha yang ni dah start buat silap
sepatutnya kena bagi air mendidih dulu baru letak
air tak mendidih lagi dah letak serbuk nya
ok one point dapat di situ!

tapi jelly still menjadi
dah letak jelly
masak kuah kastard
dah masak tuang la atas jelly
dah letak kastard
letak buah buahan dalam tin

aku tak tau pulak air buah kena buang before letak dekat kastard
so kastard dan buah tak dapat bercantum sebab ada air
apabila di potong berterabur la buah nya
tapi cantik bila siap
nak tgk gambar?




sorry model selekeh sikit
cantik kan?
tak berapa sedap sangat sebab ada air buah
tapi kasut daril dengan karpet kereta tira suka makan.haha

gambar,ade yang tu je sebab semua sibuk nak jadi chef


CAPS LOCK

TAK SUKA LA
BLAHHHHHHHH!
AKU TAK NAK AMBIK TAU
TAK YAH NAK PROMOTE SGT

bila aku caps lock either aku marah atau suka
tapi bila tulisan merah itu marah

Saturday, July 3, 2010

for u adibah rozlan

terharu tak?haha

kenapa aku post utk kau

for me kau adalah kwn yg baik.sgt baik.kau ada bila aku susah.dekat ke jauh it doesn't matter.kau still ada.hampir semua masalah aku,aku cerita kat kau.

aku tak tau apa masalah kau
tapi bila baca post kau aku tau kau ada masalah
bila aku baca kau just tulis sabar
bagi aku kau kuat sebab banyak betol sabar dekat post tu.haha

kau selalu cakap 'sabar tkah.aku tau kau kuat'
kau selalu ingat kan aku banyak bersabar
bagi aku sabar sangat susah sebab aku bukan orang yang sabar
bagi aku 'takde ayat lain ke selain sabar'
bagi aku sabar tanda orang lemah sebab tak mampu melawan,berdiam diri
tapi sekarang aku sabar bukan tanda orang lemah
sekarang sabar itu lagi mudah

kenapa aku cakap sabar itu mudah?

mari dengar 1 cerita *kalau dah dengar baguslah,just bila baca teringat kau*

dulu ada seorang petani miskin.dia selalu berdoa agar hidup dia berubah
suatu hari dia pergi belakang rumah untuk melihat angsa dan tanamannya
sekali angsa tu bertelurkan telur emas
lepas tu die pergi jual la pe lagi
dapat la makan sedap sedap
esok paginya lagi dia tak sabar nak tengok angsa tu lagi
sekali lagi ada telur emas
begitu la hari hari seterusnya
hidup petani benar benar berubah

tetapi,dia berfikir 'bagus nya kalau tak payah tunggu.aku tak mampu bersabar lagi'
kerana sifat tamak nya dia membelah perut angsa
malangnya tiada telur emas di dalam perut angsa
angsa pun mati

kehidupan petani kembali seperti dulu
macam tu la manusia
ingat bersabar tu susah,macam aku
tapi akibat dari tak sabar lagi susah

so bersabar la bila apa apa pun jadi
bersabar lah bersabar lah
perbuatan itu memang betol

thanks dibah!








Followers

About Me

My photo
atikah is a simple person. U dont have to be extravagance to be her friends. As long with a good manners and simple, u r most welcome to be part of her life.*GAGAGA*