kerana penat memandu ke kuantan aku pun berhenti di sebuah gerai untuk berehat.aku memilih untuk berkongsi meja dengan seorang lelaki yang agak berumur dari aku.dari gayanya kelihatan seperti pemandu lori.
'wah,cantik telefon bimbit'
aku menegur pakcik itu.model itu agak pelik untuknya.bagi aku model itu biasa digunakan oleh seorang eksekutif sahaja.
dia menjawab sambil tersenyum 'sebenarnya ini kotak sahaja'
aku lebih ingin tahu.reaksi aku membuatkan dia bercerita.
'sebenarnya semalam dalam perjalanan pakcik terjumpa bungkusan ini di sebuah perhentian bas dan di dalamnya sebuah telefon bimbit yang mahal'
'pakcik pun mengambil telefon itu dan berharap tuannya akan menghubungi telefon tersebut'
'setelah lama menunggu akhirnya tuan tersebut menelefon'
'kemudian?' tanya aku kerana tidak sabar.
'dia meminta agar saya menghantar telefon tersebut ke Kuala Lumpur kerana telefon tersebut berharga RM 2500'
sambil tersenyum 'tidak berbaloi pakcik ke Kuala Lumpur menghantar telefon semata mata'
'akhirnya pakcik memberikan alamat agar kawannya yang berdekatan dengan bandar datang mengambil telefon'
'petang itu seperti yang di janjikan kawannya datang mengambil telefon itu.sebaik sahaja dia mendapat telefon itu dia berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih.itu tak menjadi masalah tetapi pakcik tidak sempat menyerahkan kotak ini'
'itu yang ada kotak ini sahaja' kata pakcik itu
'kenapa pakcik tak buang sahaja sim di dalamnya dan membeli sim baru?'
'anak, pakcik boleh ambil hak orang lain dan tiada siapa tahu ,nilainya Rm2500.tetapi apa akan jadi pada saya? mungkin Allah akan ambil dari saya sebagai gantian yang nilainya tidak saya ketahui.mungkin keluarga saya,lori saya berlanggar atau apa sahaja tapi yang pasti ada balasan.
apatah lagi balasan yang kita tak mungkin boleh mengelaknya apabila pulang ke akhirat. oleh itu lebih baik saya pulangkan benda bukan milik saya'
dalam hati aku 'hebatnya anda'
amacam boleh menang tak karangan aku?haha

6 comments:
kejap aku
kejap saya..
haih
ingt nak guna i tadi tapi bi sgt la plak.haha
hahahahaha.weh dah macam baca karangan spm. haha. bravo !
nanti aku buat karangan stpm plak.haha
haha
hebat karangan ko :p
terima kasih kpd buku u-turn ke jln yang lurus.haha
Post a Comment