Thursday, November 22, 2012

Beberapa purnama

hey, heyya, heyyo dan assalamualaikum :)

setelah tak terkira purnama akhirnya kembali
kenapa kembali? tanya blogspot kepadaku haha
banyak sebab
antaranya, twitter dah ramai orang, blog dah tak ramai orang
aku selalu macam tu, sana ramai orang lari sini, sini ramai orang lari sana
rasanya sini lebih tenang kot
url pun dah tukar, nama pun dah tukar
kawan kawan pun ramai tak berblogging
rasa bebas macam dapat berbogel di pulau mediterranean (ejaan pun nak google)
aku tak boleh la kalau salah eja, rasa macam bodoh
kan best kalau ejaan tu betul sedap je baca, mata nak pandang pun sedap

semangat nak menulis berkobar kobar ni
bayangkan rasa nak berlari masa permulaan garisan
tak sabar nak habis, tak sabar nak start macam tu la perasaan aku hehe
gigih edit dari pukul berapa
orang pun dah ramai aku unfollow keke
rasa lapang je :D
thesis sekadar di pinggiran sahaja
padahal dah plan hari sabtu habis baca journal
hari isnin start tapi hari rabu habis baca journal hari ni baru nak buat
tapi tu la sekadar merancang je la
runningman la, bigbang la apa la

sebelum ni tak menulis sebab tiba tiba ramai orang berblogging
lepas tu ada masalah jiwa sikit
tapi masalah jiwa takde la sampai setahun
nampak sangat la aku gila kan kalau sampai setahun
tapi sebab utama sebab ramai orang la
dalam kata lain nak cakap aku bukan gila glamour ;D

ahh banyak pulak cerita
yela berkobar kobar kan
harap tak lari lagi la lepas ni
semoga stay disini sahaja (tepuk dada)

No comments:

Followers

About Me

My photo
atikah is a simple person. U dont have to be extravagance to be her friends. As long with a good manners and simple, u r most welcome to be part of her life.*GAGAGA*